Tuesday, November 2, 2010

Khasiat Buah Tin







Kenapa Allah bersumpah demi buah tin dan Zaitun???...
Dalam Surah At Tin..
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,
2. وَطُورِ سِينِينَ dan demi bukit Sinai,...(surah At Tin)

ALLAH bersumpah dengan kedua-dua buah ini kerana kedua-duanya merupakan hasil bumi yang amat menakjubkan di tengah-tengah pohon yang lain.


Sebiji buah tin mengandungi 2 gm serat iaitu 20% daripada keperluan seharian manusia. Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolestrol tetapi mengandungi kalium, zat besi dan serat yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa serat terlarut mampu membantu gula dalam darah da
n mengurangi kolestrol dalam darah dengan mengikat di dalam saluran pencernaan manakala serat tidak larut dapat mencegah daripada kanser usus besar. Manakala makanan yang mengandungi serat mampu mengurangkan berat badan.

Di samping itu, buah tin mengandungi bahan antioksidan fenol yang tinggi mengatasi buah-buahan yang lain. Fenol bermanfaat bagi manusia, ini kerana ia berpotensi mencegah pelbagai penyakit jantung dan kanser. Penemuan ini dilaporkan oleh seb
uah lembaga penasihat yang dikenali sebagai California Fig Advisory Board berdasarkan kajian yang dilakukan di Universiti Scranton.

Tambahan pula, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Sains Ma
kanan di Universiti Rutgers, New Jersey, buah tin mengandungi phytostel yang mana mampu mengurangkan paras kolestrol sebanyak 10%-14% jesteru itu ia mampu mengurangkan penyakit jantung. Selain itu juga, ia digunakan bagi merawat penyakit bengkak prostat dan radang sendi jenis rheumatoid.

Sehubungan dengan itu, Dr. Oliber Alabester, iaitu Pengarah Institut Pencegah Penyakit di George Wasinghton Universiti Medical Center menyatakan bahawa, jika seseorang telah mengambil buah tin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatan dalam jangka panjang. Maka tidak hairanlah jika buah tin dikategorikan sebagai functional fruit oleh pakar-pakar. Functional Fruit ialah jenis makanan yang mengandungi bahan-bahan asas yang berkhasiat. Disamping bermanfaat bagi penjagaan kesihatan serta mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu. Justeru itu, California Fig Advisory Board, menggelarkan buah tin sebagai 'nature's most nearly perfect fruit' iaitu buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:'Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku katakan inilah buanhnya Tin, Sesungguhnya buah syurga tiada keraguan'(Hadist riwayat Abu Darda; Suyuti)

























Sunday, October 31, 2010

CARA PEMAKANAN RASULULLAH S.A.W

Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya sehtiap hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU

(Contoh: KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Jangan tak tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama ayam kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh sainstis yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur

(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para sainstis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan apabila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Monday, October 18, 2010

Biji APRIKOT & Penawarnya




Berdasarkan buku 'WORLD WITHOUT CANCER' mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi dengan biji buah yang lain.

Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut m
engandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit kanser.

Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin ( mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

Selain itu juga, biji aprikot ini mempunyai khasiat:

  • anti penuaan
  • kecantikan - mengurangi bintik2 hitam dan jerawat, sel2 mati serta menghilangkan kulit yang kasar. Hasilnya, kulit kelihatan berseri, segar, dan permukaan lebih halus
  • kewanitaan - menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis
  • kanser




RM10 sebungkus

~
Tetapi makan jangan berlebihan, ikut peraturan yang telah diberikan. Bagaimanapun amigdalin adalah kurang toksin daripasa garam dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.

~ALLAH yang menurunkan penyakit & ALLAH juga yang memberikan penawarnya. Kita sebagai hamba hanya mampu ikhtiar. INSYAALLAH

~Jika ingin mendapatkan biji aprikot ini, boleh la menghubungi saya di talian 013-6441610 /0197738937.

~Maka renung-renungkan & selamat beramal..:)